Kesalahan-kesalahan Ketika Solat

Tuesday, September 13, 2011
Assalamualaikum,

Entry kali ini nak mengajak anda semua supaya memperbaiki mutu solat secara bersama. Sebenarnya sebelum ini aku dengar ceramah Ustaz Kazim Elias di Youtube, beliau mengajak kita semua supaya melakukan solat ikut dengan apa yang dilakukan Rasulullah. Semasa di sekolah dulu pun, aku masih lagi ingat yang ada jugak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Mungkin mereka tidak mengetahui, tidak mengapalah. Aku pun sebelum ini ada jugak kesalahan yang aku lakukan, tapi bila sudah tahu perkara yang aku buat itu salah, so kene betulkan. Dan ilmu yang aku dapat aku kene amalkan. Aku pun bila mengetahui perkara ini, terpanggil untuk kongsi bersama apa yang aku dapat dari ceramah yang aku dengar. Semoga solat aku dan korang semua bertambah kualiti dan diterima oleh Allah amin.

Kesalahan-kesalahan itu antaranya ialah :-

* Cara kita mengangkat takbiratul ihram. Cara yang betul ialah kita perlu mengangkat tangan kita dengan TAPAK TANGAN menghadap kiblat, means that kita perlu regangkan tapak tangan kita bukannya kita angkat tangan tu lembik tak bermaya je kan. Lagi satu semasa angkat takbiratul ihram perlulah kita menyentuh ibu jari kita ke cuping telinga.


* Ada juga antaranya semasa di sujud terakhir yang sujud terlalu lama sehinggakan imam telah mengucapkan kalimah syahadah dalam bacaan tahiyat akhir. Disini perlulah diingatkan supaya sentiasa mengikut akan pergerakan imam, tidak terlalu lambat ataupun cepat. Batallah solat seseorang itu jika dia sujud terlalu lama. Memanglah semasa sujud itu adalah masa yang paling rapat kita dengan Allah, dan time tu kita memang nak minta macam-macam daripada Allah kan. Boleh sujud lama-lama tapi dalam solat sunat la, kalau dalam solat jemaah fardhu tak perlu eh kawan-kawan :)

* Bila solat berjemaah, para makmum mesti akan aminkan bacaan al-Fatihah imam lagi awal daripada imam. Kadang-kadang imam tak sempat nak amin, makmum da amin. So ni kiranya perbuatan yang telah mendahului imam. Apabila kita mendahului imam, solat kita akan batal.

* Kadang-kadang di awal permulaan solat selepas takbiratul ihram, ada di antara kita yang tak sempat nak habiskan bacaan doa iftitah kita dan imam pun sudah membacakan surah al-Fatihah. Disini ingin diingatkan supaya kita segera berhentikan bacaan doa iftitah kita apabila terdengar imam sudah membacakan surah al-Fatihah. Kita perlu hayati apa yang dibacakan oleh imam. Dan sesiapa yang menjadi imam, imamkanlah solat dengan tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. 

* Dan tidak dilupakan juga semasa kita mengangkat takbiratul ihram dengan kalimah Allahu Akbar, biarlah sebutan itu didengari oleh telinga kita. Janganlah kita angkat takbiratul ihram tu senyap je kan tanpa telinga kita dengar apa-apa ucapan dari mulut kita.

Setakat ini jela, kesalahan yang ingin aku ingin tegur buat diri aku dan korang semua. Dan yang paling penting sekali, seelok-eloknya biarlah kita faham akan setiap bacaan kita dalam solat supaya rasa khusyuk akan hadir dalam diri kita amin.




0 comments:

Post a Comment